Bina Kerjaya Bersama SemuaPay

{{contentItem.Post.Summary}}

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup. 

Aplikasi ini menawarkan pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian. Antara servis yang ditawarkan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi untuk bayaran bil telefon, TNB, Astro dll. Terdapat lebih 100 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar, rujuk pautan untuk info lanjut semuapay.com/page/rebaterate

Aplikasi ini juga menawarkan servis simpan, pindah, jual & beli emas patuh syariah. Terdapat 2 kaedah belian emas di SemuaPay.  

1. Gold Saving Account (GSA)

  • Pengguna boleh miliki emas di aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram 
  • Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan harga emas semasa di aplikasi mengikut pakej daftar.

2. SPGold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

Dengan hanya buat bayaran bil telefon sahaja anda dah boleh mula simpan emas secara percuma menggunakan CASHBACK yang telah diberi kepada anda. Bayangkan jika setiap kali kita buat bayaran bil di aplikasi SemuaPay, berapa gram emas yang anda boleh miliki sekarang ?

Marilah kita berkongsi kebaikkan simpanan emas kepada orang ramai agar mereka celik akan kepentingan emas dalam membina kekayaan.

Pengguna juga diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin & emas. Anda hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. Langkah-langkah buka e-kedai adalah seperti gambar rajah di bawah.

Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay.

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan.

Hadiah bernilai hampir RM1,000,000 akan diberikan kepada pemenang setiap bulan mengikut Jumlah Mata Ganjaran Terkumpul.