SemuaPay jalin kerjasama dengan ToyyibGold untuk produk SP Gold
{{contentItem.Post.Summary}}
Produk baru di aplikasi SemuaPay iaitu SP Gold adalah hasil jalinan kerjasama SemuaPay Sdn Bhd dan ToyyibGold yang bakal dilancarkan pada JomLauch 2021. Kerjasama ini adalah antara initiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn Bhd untuk semua pengguna berdaftar menguruskan simpanan, jual & beli emas patut syariah melalui aplikasi SemuaPay.
SPGold telah berfungsi sepenuhnya di aplikasi SemuaPay pada 5 Oktober 2021, produk yang sangat dinanti-nanti oleh semua pengguna berdaftar kini telah dimuat naik di aplikasi SemuaPay anda semua, sila muat turun versi terbaru aplikasi untuk melihat semua fungsi yang telah dikemaskini.
Terdapat dua kaedah pembelian emas di SP Gold.
1. Gold Saving Account (GSA)
- Pengguna boleh mula menyimpan emas di dalam aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram.
- Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan nilai jual/beli yang telah dinyatakan di aplikasi mengikut pakej daftar https://semuapay.com/page/rebaterate
- Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.
2. SP Gold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k
- Pengguna boleh beli di kedai masing-masing atau klik link ini https://official.semuapay.com/shop/gold/bullion/GB1G
- Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa.
- Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing tanpa perlu pegang stok.
