Kenapa anda perlu berniaga online ? Apakah faedah dan kepentingan berniaga online ?
{{contentItem.Post.Summary}}
Perniagaan online hari ini adalah pilihan utama dan ramai peniaga sudah mempromosikan dan menjual barangan mereka secara online. Kemudahan aplikasi dan perkembangan teknologi adalah salah satu perkara yang mencetuskan jualan dalam talian menjadi salah satu daripada banyak pilihan yang diambil oleh ahli perniagaan.
Dengan menggunakan faedah rangkaian komputer, handphone dan Internet yang semakin canggih akan menjadikan para ahli perniagaan merasakan faedah kedai dalam talian secara besar-besaran akan lebih banyak.
Oleh hal yang demikian, SemuaPay juga turut mengambil kesempatan untuk memberi servis yang terbaik kepada semua pengguna berdaftar seterusnya menawarkan aplikasi Beli.Je untuk semua pengguna memulakan perniagaan secara online.
Untuk pengetahuan semua pengguna, perkhidmatan SP Mall akan ditamatkan sebaliknya akan digantikan dengan aplikasi Beli.Je dimana aplikasi yang lebih mudah untuk aturan produk serta semakan pesanan yang lebih canggih. Semua pengguna berdaftar SemuaPay akan menerima satu email seperti di bawah
Anda boleh tekan "Download App Now" untuk muat turun aplikasi dan mulakan aturan kedai online anda.
Kenapa anda perlu berniaga online ? Apakah faedah dan kepentingan berniaga online ?
1. Pendapatan tambahan.
Perniagaan online adalah satu pilihan yang baik oleh kerana ianya boleh dilakukan secara sambilan.
Salah satu maanfaat perniagaan online adalah, ianya mudah dan pantas untuk mulakan. Dan untuk mendapat pulangan juga pantas, tidak seperti memulakan perniagaan yang mempunyai premis atau kedai.
2. Ianya fleksible.
Dengan hanya smartphone, perniagaan online boleh dijalankan di mana-mana sahaja.
Ertinya, perniagaan internet boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
3. Kos rendah
Memulakan perniagaan yang mempunyai premis dan kedai fizikal pastinya memakan kos yang tinggi. Sewa, renovation, membayar bil dan pekerja akan memakan berpuluh ribu ringgit.
Apa yang anda perlukan tidak semestinya modal yang besar, tetapi anda perlukan ilmu berniaga di internet!
4. Tidak perlu berjumpa pelanggan
Bagi saya, satu ketika dulu, ini adalah satu kebaikan. Sebabnya adalah, saya seorang yang sangat pemalu. Malu untuk menjual, malu untuk berjumpa pelanggan, sehingga malu nak sebut harga barang yang dijual pun ada!
Sekiranya anda seperti saya satu ketika dulu, maka perniagaan internet adalah terbaik untuk anda!
Mulakan perniagaan online anda sekarang, rebut peluang keemasan ini dan mulakan perniagaan anda secara online.